shayma
Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com







SStrange
HHilarious
AAppreciative
YYoung
MMasculine
AAccurate

Name / Username:







My japanese name is 松尾 Matsuo (tail of a pine tree) 美和 Miwa (beautiful harmony).
Take your real japanese name generator! today!









Image hosted by Photobucket.com

PENAFIAN ADAKALANYA SATU PENGAKUAN YANG DIZAHIRKAN DALAM VERSI BERTENTANGAN








Image hosted by Photobucket.com


Memangnya kita seperti sengaja dipimpin supaya turut sama tenang mengucapkan kata cinta, tetapi sebenarnya kita juga dibebaskan utk belajar sangsi mengunyah rahsia disebalik kata cinta itu sendiri.






Sesungguhnya kita dikurniakan dua telinga & satu mulut, oleh itu wajarlah kita mendengar dua kali & meluahkannya sekali tetapi kalau berfikir janganlah sekali walaupun otak hanya SATU!








PERPUSTAKAAN MINI


Ayat-Ayat Cinta
Ketika Cinta Bertasbih - Bhgn 1
Ketika Cinta Bertasbih - bhgn 2
Dalam Mihrab Cinta
Di Atas Sajadah Cinta
Pudarnya Pesona Cleopatra
Ungu Karmila
Cinta Sang Ratu
Bagaikan Puteri
Hatiku Di Harajuku
Adam
Rahsia Perindu
Tombiruo
Semangat Hutan
Tombiruo Terakhir
Pulang
Bara
Ego
Realiti
Diari hati
Sutera Dalam Lukisan
Pelarian
Hatimu Untuk Siapa
Aku Di Hatimu
Sangeetha
Syahadat Cinta
Kenang-Kenangan Seorang Geisha
Tenggelamnya Kapal Van Der Wick
Merantau Ke Deli
Di Bawah Lindungan Kaabah
Surat Ungu Untuk Nuha
Nyanyian Tanjung Sepi
Atas Nama Kasih
Syurga Di Hati
Di Usik Sayang
Yang Teristimewa
Pemburu Mimpi
Rindu Cintaku
Sehangat Asmara
Kau Untukku
Buatmu Kekasih
Adam & Hawa
Sesuci Cinta
Bulan Berbisik
Curahan Cinta Niagara
Epilog Cinta
Tiada Batasan Sayang
Biar Rindu Berlalu
Salju Sakinah









Image hosted by Photobucket.com



Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita disaat kita amat memerlukannya.




FRENZ

!~AKAKJB CAYANG~!

!~IMPRESS~!

!~KAK NYA~!

!~KAK KAM CUTE~!

!~KHAI~!







Meh lepak sini

Image hosted by Photobucket.com

~~~CERITERA~~~




   



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Saturday, August 02, 2008
Sangeetha - kisah cinta usia senja

Membaca novel ini ( belum selesai lagi )seolah2 menelusuri relung  jiwa insan berusia.Mengenali kesepian mereka...ketakutan, kebahagiaan dan kenangan. Betapa kesunyian itu lebih dirasai ketika usia dihujung senja. Lebih menyesakkan dada andai tiada tempat untuk meluah rasa, tiada teman bicara. Hanya Tuhan yang mengetahui segenap derita.
                 
                 

Simboliknya watak2 novel ini menyatakan rahsia hati mereka. Jelingan, kata2, ketawa mahupun perlakuan sehari2 yang nyatanya adalah satu ekspresi kata hati. Disertakan sekali pantun dari siri hikayat sebagai penambah rasa.

Sinopsis : Cinta tidak mengenal usia, rupa, darjat, bangsa dan agama. Cinta yang terluah dan disambut, alangkah indahnya. Cinta yang terhalang derita jadinya. Namun, bagaimana jika cinta itu cinta terpendam, datang tanpa diundang, keliru antara sayang dengan kasihan? Kata orang, adat muda menanggung rindu, namun jika orang tua yang memendam rasa, bagaimana?

Sangeetha, cerita cinta terpendam antara warga emas India dengan Melayu yang tidak diluahkan melalui kata-kata. Bagaimana kesudahannya?"

(Akan bersendiriankah aku menjalani hari tua...? Dapatkah aku...?)


Posted at 08:43 pm by shayma
Make a comment  

Monday, July 28, 2008
Habiburrahman El Shirazy (Kang Abik) - Novel, Cinta & Dakwah



Mengenali karya beliau merupakan satu rahmat kerana hobi saya ini (membaca novel) bukanlah sesuatu yang melalaikan selagi ia mampu memenuhi kepuasan, menepati selera dan yang paling penting mendapat  sesuatu yang ada dalam pembacaan itu sendiri.  Ramai yang mengatakan membaca novel-novel cinta membuatkan sipembaca akan lalai, angau, berada dalam fantasi tetapi kita perlu tahu mencari sumber-sumber agar tidak terjebak dalam keadaan itu.

Fenomena yang dibawa oleh Habiburrahman El Shirazy ini adalah sesuatu yang patut diberi perhatian kerana disamping mencurahkan bakat, beliau menyampaikan  dakwah kepada masyarakat, khususnya golongan muda. Pemerhatian saya  dalam 2 @ 3 tahun sebelum ini agak menghampakan saya kerana novel-novel yang berada dalam pasaran mempunyai cerita yang kelihatannya hampir sama sahaja terutama sekali kepada penulis wanita ( kerana sememangnya agak ramai wanita yang terlibat dalam penulisan novel cinta) yang baru berjinak-jinak dalam penulisan novel. Bermula dari pertemuan teruna & dara, konflik yang dihadapi & watak2 pembantu yang kesemuanya memaparkan plot yang agak klise bagi saya. Adakalanya sesuatu novel itu memaparkan intipati yang berunsur negatif seperti perlakuan heroinnya yang sanggup melarikan diri bersama hero demi untuk membuktikan cinta. Tak kurang juga watak hero yang sanggup mengetepikan syariat & adat semata-mata kerana cinta, yang akhirnya membawa kemusnahan. Penyesalan itu baik tetapi pencegahan itu adalah lebih baik. Adalah menjadi tanggungjawab penulis untuk memberi nilai-nilai positif dalam karya mereka kerana tidak boleh dipastikan samaada tahap kematangan pembaca itu bersamaan dengan umur mereka. Pada dasarnya, kumpulan sasaran pembaca novel  itu adalah dari golongan anak muda ( perasan juga masih muda) maka  sejauh manakah mereka dapat  membaca maksud tersirat disebalik yang tersurat! Saya bukanlah berkelulusan sastera (jelas melalui catatan diblog ini..) untuk menghakimi sesuatu novel, malahan saya dahulunya merupakan  bekas pelajar teknik dalam jurusan tiada kaitan langsung dengan kesusateraan! Tetapi kerana minat yang mendalam terhadap novel membuatkan kehendak saya turut berubah selari dengan pertambahan usia ( mungkin juga kematangan...hehe..) Mula mengenali novel ini sejak usia belum mencapai 10 tahun bersebab dari 'kegilaan' kakak  terhadap novel pada waktu itu membuatkan saya turut sama 'terjebak' dengan hobi ini. Setelah lebih 10 tahun, saya menjadi agak selektif dalam pemilihan novel, Selalunya saya akan melihat kepada penulisnya terlebih dahulu sebelum membaca sinopsisnya. Setiap penulis yang telah menghasilkan beberapa karya,  mereka  mempunyai 'trademark' tersendiri, begitu juga dengan Kang Abik dengan dakwahnya, Ramlee Awang Mursyid dengan adegan seram, Abdul Rahim Awang dengan siri yang berbau penyiasatan , Salina Ibrahim dengan kekuatan wanita....Trademark inilah yang menjadi kekuatan setiap penulis.

Akan tetapi, sejak akhir2 ini kemunculan novel yang berteraskan Islamik mula menguasai pasaran. ini satu perkembangan yang sangat baik. Ada diantara penulis tersebut  yang berkelulusan kejuruteraan tetapi mampu menghasilkan karya Islamik, baik @ tidak tidaklah mampu untuk saya menilainya. Sekurang2nya, mereka dapat berkarya disamping berdakwah ( walaupun tidak secara langsung). Bukanlah berdakwah itu hanya dengan perlunya memberi karya yang berunsur Islam tetapi biarlah ia dapat memberi kesan positif dan membawa kebaikan kepada masyarakat pembaca.

Posted at 08:43 pm by shayma
Make a comment  

Sunday, July 27, 2008
Ruang Rindu



Selepas 2 tahun lebih baru tergerak hati untuk update semula...

Harap2 lepas ni, akan diteruskan lagiBig Smile

Posted at 09:46 pm by shayma
Make a comment  

Monday, January 23, 2006
KEMBALI

Lebih sepurnama waktu rasanya baru tergerak hatiku untuk mengunjungi blog ni...
Lebih tepat lagi inilah coretan pertamaku ditahun baru, 2006.
Kesibukan di akhir 2005 pula menyekat waktuku untuk menaip sesuatu dlm blog ni.
Tambahan pula situasi luar yg tidak berapa menyenangkan.
Aku harap tahun 2006 akan ada sinar untuk menutupi cahaya2 kelam 2005.
Hujung bulan Januari ni sorang sahabat karibku akan menamatkan zaman suntinya, perkabaran gembira di tahun baru.Aku tumpang gembira, sekurang2nya berkurang lah bilangan anak dara & bertambahlah 'masjid'..
Doaku moga penyatuan tu berkekalan hendaknya, amin...

Pagi ni entah mana silapnya aku,  serba serbi perlakuan ku serasa ada yg x kena...
Tak boleh nak tumpu  satu benda yg  kubuat...Nak taip ayat2 ni pon ambil masa yg lama.Eeerrrghhhh!!!!!.....saat2 mcm nilah yg paling merisaukan aku.Nak kata x mandi pagi...x jugak sbb sblm g keja aku mmg dah mandi...nak kata x solat subuh pon dah jugak...
Ya Allah, tolonglah hambamu ini..tenangkanlah hatiku, tenteramkanlah jiwaku....
jauhkankan lah aku dari bisikan2 yg melekakan aku dr mengingatiMu...



Posted at 08:33 am by shayma
Make a comment  

Monday, December 12, 2005
Ehemmmm....






Posted at 08:31 am by shayma
Make a comment  

Tuesday, December 06, 2005
Kisah penguin yang banyak sabar


Assalamualaikum dan salam sejahtera.(forwarding email)



Salah satu klip yang selalu saya gunakan dalam menunjukkan Kebesaran Allah ialah kisah hidup penguin. Walaupun klipnya hanya sekitar 6 minit

- tapi cukup menarik perhatian para pendengar.



Penguin betina kelihatan menuju ke satu destinasi.... untuk bertelur.

Setelah bertelur di berikan telornya itu kepada si jantan ("suaminya") untuk diramkan.Si betina akan bergegas ke laut untuk memburu dan makan selama 4 bulan. Selama 4 bulan jugalah si jantan akan menjaga telor yang telah diamanahkannya itu - tanpa meletakkan telor itu ke tanah walaupun sesaat kerana kalau terjatuh - anak penguin akan mati.

Selama 4 bulanlah si jantan akan berdiri tanpa rehat untuk memastikan telornya itu menetas ...mengikut komen klip filem tersebut - si jantan tidak buat apa-apa melainkan bersabar. Bila tiba musim bunga - si jantan kelihatan menatang seekor anak penguin. Pada ketika itu jugalah sibetina akan balik setelah puas memburu. Si betina akan terus ke "suaminya" dan mengambil alih tugas membesarkan si anak. Si jantan pula akan terus ke laut untuk memburu.

Kehidupan mereka bahagia. Si jantan tidak pernah mengeluh. Jika ditakdirkan sibetina mati semasa dilautan - si jantan juga akan mati kerana tidak ada yang nak take-over!!!!



Mereka bahagia kerana hidup mengikut fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah. Manusia pun begitu - apabila hidup menurut fitrah.. Sesungguhnya Islam itu agama dari Allah dan secocok dengan fitrah manusia. Manusia yang menjauhkan diri dari Islam bererti menjauhkan diri dari fitrah semula jadinya - akibatnya manusia akan terjerumus dalam lembah yang hina ....


Posted at 06:49 am by shayma
Make a comment  

Next Page